Satu Komuniti

"Say something about your community here"

Tuesday, March 30, 2010

Fatwa Infinity Downline dan Login Facebook dapat duit

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity
Downline
dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'.
Sebenarnya saya amat skeptic dengan
skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada
kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma
diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat
menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan
dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas
untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.  

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu
mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin
untuk berfikir  dan lebih cekap dalam memperbezakan
antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada
kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu
yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi
soalan skim Infinity Downline yang
ditanyakan ini.

0 comments:

Post a Comment